Memaparkan catatan dengan label penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penang. Papar semua catatan

Jumaat, 26 November 2021

Partime / Casual worker for Eastin Hotel Penang


Hi guys lama benar kan Long x update blog katek nie kan , time PKP jadi malas, alasan ja memanjang kan. Orang lain kalut nak jadi youtuber yang Long masih lagi ngan blog ..kita kan otai nak rakam2 nie xpandai plus low self esteem xmampu nak rakam diri sendiri depan orang ramai. Apapun Long lagi senang menaip blog dari rakam vlog yang ntah apa2 la kandungan ..Asal ada mnda yang nak dirakam semua ON. 😒 banyak ja youtuber yang sibuk nak rakam vlog la apa aku mkn seharian la...haha xda ka content yang berfaedah sikit ..paham korang ala2 selebriti tp apa motif buat contect bayi2 ... cuba buat content ilmiah skit atleast ada gak faedah orang lain bazirkan masa tengok youtube ko..


CUKUP! kita stop hal berkait dengan warga youtuber yang kaki klon n barai sebab content video zero. Alang2 dah lama xupdate blog long nak update skali perkembangan long time PKP Covid-19 nie.

Sekarang Long fokus kerja FREELANCE @ upahan lebih kurang la translate dia haha.. yela time PKP nie mana ada orang nak gajikan pekerja tetap kan, yang ada kena buang kerja ada la semua berpunca dari COVID-19. 



Salah satu kerja freelance yang long try ilah Casual Worker untuk Hotel Eastin Penang sebagai Coffe House Helper. So as freelancer gaji dibayar CASH selepas habis waktu bekerja kira korang akandibayar selepas rasminya masa bekerja korang habis. So bagi orang yang selalu nak guna duit macam Long nie sure kerja macam nie jadi target, lagipun Long xpernah kerja Hotel kalo servis makanan or restoran tue mmg banyak pengalaman.😏😅

As untuk bahagian gaji harian tue Long xdapat nak share hehe, takut kena saman or mana tau kehadapan Eastin xnak bagi buat freelance dah sebab sibuk2 bagi tau gaji kan. Tapi apa yang boleh Long share pasal gaji untuk casual worker harian agak lumayan untuk orang bujang macam Long.

Pengalaman berkerja di Hotel Eastin Penang, hmm nak share mcmana ek? sebab kerja bidang hotel nie mmg zero xda pengalaman langsung. Tapi kalo bab cuci2 kemas2 tue pakar ja cuma kadang2 ikut mood la. So start kerja shift pagi long dengan buddy long @amirul bagun awal sebab kena lapor diri 7am kat coffee house. Kami berdua jalan kaki ja bukan jauh pun hotel dengan rumah lintas highway QBmall tu dah sampai Eastin.




Selasa, 20 Julai 2021

Tropicana 218 Macalister homestay travel, peanng

Hari tu sham ada share pasal Tropicana 218 Macalister kan tpi tue BLOK A. Kali nie kita nk tgk design tropicana 218 Blok B. Block B agak kecik sedikit berbanding Apartment di Blok A. Nie last minute konon dh siap packing nk gerak balik terus kan tapi tetiba si Am plak buka mulut nak try suasana bilik kat Blok B. 

Dari segi safety and security nampak blok B lebih ketat berbanding blok A. Apapun sgt berpuas hati dengan deko and ID apartment yang baru nie.